Sunday, March 21, 2010

Ke Alam Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum? Salam 1Malaysia.
Hari ini, Ahad 21 Mac 2010 merupakan satu lagi hari yang bersejarah di dalam diari warga kampung Mensudut Lama kerana pada tarikh ini kampung kami telah berada di persada dunia melalui penciptaan laman blog kgmensudutlama.blogspot.com

Bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Segamat 2, satu pertandingan mencipta laman blog telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat 2 dengan kerjasama JPMM DUN Buloh Kasap. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang dapat mengetengahkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara warga bandar dan luar bandar.

Adalah menjadi harapan dan impian kami sebagai warga desa kampung Mensudut Lama untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan seiring dengan kepesatan pembangunan negara, ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Semoga laman blog ini menjadi pencetus semangat ingin maju di kalangan warga Kampung Mensudut Lama melalui perkongsian maklumat dalam dunia tanpa sempadan.

Sekian, terima kasih.