Tuesday, May 04, 2010

PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG MENSUDUT LAMA

Bermula dengan majlis Doa Selamat pada malam menjelang 22.04.2010, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg.Mensudut Lama (PJK) telah mula menawarkan khidmatnya kepada masyarakat Kg.Mensudut Lama.


Seawal jam 9.00 pagi PJK Kg.Mensudut Lama telah mula di kunjungi oleh penduduk setempat. Guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg.Mensudut Lama yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Hj Mazlan Bin Zani merupakan rombongan pertama yang melakukan Kunjung Hormat ke PJK Kg.Mensudut Lama.


Rombongan meluangkan masa selama satu jam untuk mendengar taklimat berkenaan PJK disamping menjalankan beberapa aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan PJK Kg.Mensudut Lama.


Guru besar dan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg.Mensudut Lama telah diberi penghormatan membuka 'plastik' pembalut sebagai simbolik bermulanya penggunaan kemudahan PJK Kg.Mensudut Lama.


Fakta Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg.Mensudut Lama


Alamat : Bangunan Serbaguna Kg.Mensudut Lama


Tarikh Mula Operasi : 22hb April 2010


Kapasiti : 21 Unit Komputer (PC) + 1 Unit Komputer Riba (Pengurusan)


Kemudahan Lain :




  1. Projector & White Board Screen


  2. TV LCD 42 Inci


  3. Kamera Litar Tertutup


  4. Bilik Air

Khidmat Ditawarkan




  1. Capaian Internet Berkelajuan Tinggi (2Mbps),WiFi


  2. Kelas Belajar Komputer & Internet


  3. Khidmat Fotostat (hitam-putih & warna


  4. Khidmat Laminasi


  5. Khidmat Pra bayar Celcom (Kad Isian Semula,Simcard,Xpax)


  6. Scan,Copy/Burn CD


  7. Khidmat menaip dokumen/surat

Waktu Operasi


Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00 Pagi - 6.00 Petang)


Rehat 1.00 Petang - 2.00 Petang (Sabtu - Khamis), 12.00 Tgh Hari - 2.30 Petang(Jumaat)


Kadar Yuran/Bayaran




  1. Yuran Keahlian RM5.00 Seorang


  2. Bayaran Caj Penggunaan Internet Ahli Dewasa : RM1.00 Sejam


  3. Bayaran Caj Penggunaan Internet Ahli Kanak2 : RM0.50 Sejam


  4. Kelas Komputer Berjadual : Percuma





Pihak Pengurusan mengalu-alukan penyertaan seluruh ahli masyarakat untuk menjayakan PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG MENSUDUT LAMA.




Tuesday, March 23, 2010

Maklumat Di hujung Jari Di Alam Dunia Tanpa Sempadan

Menara Telekomunikasi milik Celcom.

Bangunan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Mensudut Lama

Pastinya penduduk Kg.Mensudut Lama amat gembira dan bersyukur apabila Menara Telekomunikasi di Kg.Mensudut Lama mula beroperasi sepenuhnya pada 1.01.2010. Syukur Alhamdulillah, dunia kini berada di hujung jari penduduk Kg.Mensudut Lama.

Belumpun reda demam capaian komunikasi mudah alih, warga Kg.Mensudut Lama sekali lagi dilanda demam yang lebih hebat iaitu Demam Jalur Lebar. Betapa kehadiran kedua-dua kemudahan Teknologi Maklumat ini bakal merubah cara hidup masyarakat Kg.Mensudut Lama buat selama-lamanya.

Kg.Mensudut Lama akan mempunyai sebuah Pusat Jalur Lebar Komuniti yang akan beroperasi dalam masa terdekat. Terima kasih kepada kerajaan yang berusaha gigih merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dengan sasaran capaian sebanyak 50% isirumah pada penghujung tahun 2010.

Pusat Jalur Lebar Komuniti ini apabila siap kelak akan menawarkan kemudahan capaian internet berkelajuan tinggi yang diharap dapat membantu penduduk mendapatkan maklumat dan pengetahuan untuk meningkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka. Usaha murni kerajaan ini pastinya akan berjaya dengan penyertaan seluruh lapisan masyarakat.

Selamat datang ke alam "Dunia Tanpa Sempadan"

Sunday, March 21, 2010

Ke Alam Dunia Tanpa Sempadan

Assalamualaikum? Salam 1Malaysia.
Hari ini, Ahad 21 Mac 2010 merupakan satu lagi hari yang bersejarah di dalam diari warga kampung Mensudut Lama kerana pada tarikh ini kampung kami telah berada di persada dunia melalui penciptaan laman blog kgmensudutlama.blogspot.com

Bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Segamat 2, satu pertandingan mencipta laman blog telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat 2 dengan kerjasama JPMM DUN Buloh Kasap. Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang dapat mengetengahkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara warga bandar dan luar bandar.

Adalah menjadi harapan dan impian kami sebagai warga desa kampung Mensudut Lama untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan seiring dengan kepesatan pembangunan negara, ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Semoga laman blog ini menjadi pencetus semangat ingin maju di kalangan warga Kampung Mensudut Lama melalui perkongsian maklumat dalam dunia tanpa sempadan.

Sekian, terima kasih.