SEDIKIT DIREKTORI KAMPUNG MENSUDUT LAMA
Kampung Mensudut Lama merupakan sebuah kampung yang terletak dalam Mukim Buloh Kasap, Segamat, Johor. Majoriti penduduk di kampung tersebut adalah orang Melayu. Ia terletak berhampiran dengan Gugusan Felda Palong Timur serta berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Kampung tersebut mendapat namanya kerana kedudukannya yang berada di sudut paling utara negeri Johor. Kegiatan utama penduduk di sini adalah pertanian serta perladangan getah dan kelapa sawit, di samping penternakan lembu dan juga kambing.
Bagaimana untuk ke sanaPerjalanan ke kampung ini adalah melalui jalan darat, sama ada melaluiJ155[Image] Laluan Negeri Johor J155 dari Buloh Kasap ataupunJ157[Image] Laluan Negeri Johor J157 dari Batu Enam, sebelum melalui jalan kampung yang sempit serta hanya boleh dilalui kenderaan ringan. Ia juga dihubungkan ke Felda Palong Timur melalui jalan estet yang kini sudah diturap.
KemudahanTerdapat liputan telefon bimbit yang baik di sini dengan adanya menara pemancar telekomunikasi. Selain itu, kampung ini turut dilengkapi bekalan air, elektrik, talian telefon tetap, masjid, balai raya, tadika serta Pusat Jalur Lebar Komuniti. Bagi kemudahan kesihatan pula, penduduk terpaksa ke Klinik Desa Kampung Balai Badang atau ke Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6. Bagi kes yang lebih serius, pesakit terpaksa dikejarkan ke Hospital Segamat.
FAKTA KAMPUNG
NAMA :KG.MENSUDUT LAMA (Ketua Kampung : En.Samsudin Bin A.Majid)
MUKIM : GEMAS (Penghulu Mukim : En.Ali Affendi Bin Hj.Zainal)
DAERAH : SEGAMAT (Pegawai Daerah : Tn.Haji Burhan Bin Amin)
NEGERI : JOHOR (Menteri Besar : Datuk Abdul Ghani Bin Othman)
DUN BULOH KASAP (ADUN : Yb.Datuk Hj.Othman Bin Jais)
PARLIMEN SEGAMAT (Ahli Parlimen : Datuk Dr S Subramaniam)
KELUASAN : 2500 EKAR
TAHUN DITUBUH : 1968
BILANGAN PENDUDUK : 500 ORANG
BILANGAN RUMAH KEDIAMAN : 102 BUAH
KEMUDAHAN AWAM : MASJID,BALAI RAYA,SEKOLAH RENDAH,SEKOLAH AGAMA,TABIKA KEMAS,BANGUNAN SERBAGUNA,BILIK GERAKAN
KEMUDAHAN LAIN : PUSAT JALUR LEBAR, MENARA TELEKOMUNIKASI
KELUARAN UTAMA : KELAPA SAWIT DAN GETAH
KELUARAN LAIN : BUAH-BUAHAN,SAYURAN,IKAN SUNGAI,LEMBU DAN KAMBING
DESTINASI MENARIK : JERAM PALAI,JERAM BADOH,DUSUN BUAH-BUAHAN