Tuesday, March 23, 2010

Maklumat Di hujung Jari Di Alam Dunia Tanpa Sempadan

Menara Telekomunikasi milik Celcom.

Bangunan Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg. Mensudut Lama

Pastinya penduduk Kg.Mensudut Lama amat gembira dan bersyukur apabila Menara Telekomunikasi di Kg.Mensudut Lama mula beroperasi sepenuhnya pada 1.01.2010. Syukur Alhamdulillah, dunia kini berada di hujung jari penduduk Kg.Mensudut Lama.

Belumpun reda demam capaian komunikasi mudah alih, warga Kg.Mensudut Lama sekali lagi dilanda demam yang lebih hebat iaitu Demam Jalur Lebar. Betapa kehadiran kedua-dua kemudahan Teknologi Maklumat ini bakal merubah cara hidup masyarakat Kg.Mensudut Lama buat selama-lamanya.

Kg.Mensudut Lama akan mempunyai sebuah Pusat Jalur Lebar Komuniti yang akan beroperasi dalam masa terdekat. Terima kasih kepada kerajaan yang berusaha gigih merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dengan sasaran capaian sebanyak 50% isirumah pada penghujung tahun 2010.

Pusat Jalur Lebar Komuniti ini apabila siap kelak akan menawarkan kemudahan capaian internet berkelajuan tinggi yang diharap dapat membantu penduduk mendapatkan maklumat dan pengetahuan untuk meningkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka. Usaha murni kerajaan ini pastinya akan berjaya dengan penyertaan seluruh lapisan masyarakat.

Selamat datang ke alam "Dunia Tanpa Sempadan"