Bermula dengan majlis Doa Selamat pada malam menjelang 22.04.2010, Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg.Mensudut Lama (PJK) telah mula menawarkan khidmatnya kepada masyarakat Kg.Mensudut Lama.
Seawal jam 9.00 pagi PJK Kg.Mensudut Lama telah mula di kunjungi oleh penduduk setempat. Guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg.Mensudut Lama yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Hj Mazlan Bin Zani merupakan rombongan pertama yang melakukan Kunjung Hormat ke PJK Kg.Mensudut Lama.
Rombongan meluangkan masa selama satu jam untuk mendengar taklimat berkenaan PJK disamping menjalankan beberapa aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan PJK Kg.Mensudut Lama.
Guru besar dan pelajar Sekolah Kebangsaan Kg.Mensudut Lama telah diberi penghormatan membuka 'plastik' pembalut sebagai simbolik bermulanya penggunaan kemudahan PJK Kg.Mensudut Lama.
Fakta Pusat Jalur Lebar Komuniti Kg.Mensudut Lama
Alamat : Bangunan Serbaguna Kg.Mensudut Lama
Tarikh Mula Operasi : 22hb April 2010
Kapasiti : 21 Unit Komputer (PC) + 1 Unit Komputer Riba (Pengurusan)
Kemudahan Lain :
- Projector & White Board Screen
- TV LCD 42 Inci
- Kamera Litar Tertutup
- Bilik Air
Khidmat Ditawarkan
- Capaian Internet Berkelajuan Tinggi (2Mbps),WiFi
- Kelas Belajar Komputer & Internet
- Khidmat Fotostat (hitam-putih & warna
- Khidmat Laminasi
- Khidmat Pra bayar Celcom (Kad Isian Semula,Simcard,Xpax)
- Scan,Copy/Burn CD
- Khidmat menaip dokumen/surat
Waktu Operasi
Setiap Hari Kecuali Cuti Umum (9.00 Pagi - 6.00 Petang)
Rehat 1.00 Petang - 2.00 Petang (Sabtu - Khamis), 12.00 Tgh Hari - 2.30 Petang(Jumaat)
Kadar Yuran/Bayaran
- Yuran Keahlian RM5.00 Seorang
- Bayaran Caj Penggunaan Internet Ahli Dewasa : RM1.00 Sejam
- Bayaran Caj Penggunaan Internet Ahli Kanak2 : RM0.50 Sejam
- Kelas Komputer Berjadual : Percuma
Pihak Pengurusan mengalu-alukan penyertaan seluruh ahli masyarakat untuk menjayakan PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG MENSUDUT LAMA.
No comments:
Post a Comment